Working with local teachers to build Zero Waste schools

Project Summary

The Green Recycle House (GRH) project aims to build and manage a Materials Recovery Facility (MRF) at SK Telok Panglima Garang. The MRF functions as an environmental education hub, providing easy access for the school community to contribute recyclables and organic waste management.

Projek Green Recycle House (GRH) bertujuan untuk membina dan mengurus Fasiliti Pemulihan Bahan (MRF) di SK Telok Panglima Garang. MRF ini berfungsi sebagai pusat pendidikan alam sekitar, menyediakan akses mudah untuk komuniti sekolah menyumbang bahan kitar semula dan mengurus sisa organik.

Project Impact

The GRH was constructed in April 2024, and the school began to use the infrastructure in May 2024. The GRH collected used cooking oil, mixed paper, mixed plastic, and food waste in stages in tandem with awareness-raising workshops. Based on the impact data collected via waste audits, the school’s amount of waste diverted from landfills more than doubled after the implementation of GRH.

GRH telah dibina pada April 2024, dan pihak sekolah mula menggunakan infrastruktur tersebut pada Mei 2024. GRH mengumpul minyak masak terpakai, kertas campuran, plastik campuran, dan sisa makanan secara berperingkat seiring dengan bengkel kesedaran yang dijalankan. Berdasarkan data impak yang dikumpulkan melalui audit sisa, jumlah sisa sekolah yang dialihkan daripada tapak pelupusan meningkat lebih dua kali ganda selepas pelaksanaan GRH.

  • Incite behaviour change in the entire school community, especially students, to encourage the practice of 5Rs in their daily lives.
    Mendorong perubahan tingkah laku dalam seluruh komuniti sekolah, terutamanya pelajar, untuk menggalakkan amalan 5R dalam kehidupan seharian mereka.

  • Build an organised storage system to ensure recyclables can be stored well, therefore minimising theft and preserving the quality of recyclables.
    Membina sistem penyimpanan yang teratur untuk memastikan bahan kitar semula dapat disimpan dengan baik, sekali gus meminimumkan kecurian dan mengekalkan kualiti bahan kitar semula.

  • Provide education and training to the school community on the process of waste recovery and its importance in ensuring a sustainable environment.
    Memberikan pendidikan dan latihan kepada komuniti sekolah mengenai proses pemulihan sisa dan kepentingannya dalam memastikan kelestarian alam sekitar.
“GWP provides teachers with an opportunity to enrich their knowledge on environmental sustainability and waste recovery. The programme also adds value and complements PDPc by incorporating global issues such as waste recovery, climate change, and the environment.

GWP also provides guidance and support in implementing sustainable initiatives at school. So, my fellow agents of change, don’t miss out ON a chance to join GWP!”

“GWP memberi ruang & peluang kepada guru-guru memperkaya ilmu pengetahuan dalam bidang alam sekitar dan kitar semula. Ia sekaligus menjadi nilai tambah dalam memperkasakan PDPc dengan menerapkan isu global seperti kitar semula, perubahan iklim dan alam sekitar.

Selain itu, GWP akan membimbing guru-guru dalam melaksanakan projek-projek kelestarian alam sekitar di sekolah. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil peluang dengan pantas kerana kita adalah agen perubahan pada generasi akan datang supaya bumi lebih terpelihara!”

Cikgu Khuzaimah Binti Zaaim

Established in 2016, Zero Waste Malaysia (“ZWM”) is a non-profit organisation (PPM-044-10-29032018) registered under The Registry of Societies of Malaysia.

This website runs on green hosting - verified by thegreenwebfoundation.org